Orbit Downloader – download manager pelbagai guna
Topik kali ni agak teknikal sikit, tapi aku akan cuba cerita jugak bagi semua orang paham. 3 hari lepas aku cerita pasal instant messenger. Kali ni aku nak cerita pasal download manager, yang bernama Orbit Downloader. Download manager ni gunanya ialah untuk men-download lah kan, dah nama pun download manager, pengurus muat turun dalam BM. Kelebihan pakai download manager berbanding kalau tak pakai, tak kisah kalau cap ayam sekalipun, ialah untuk mencepatkan dan melajukan download korang, dan kalau tetiba download tu terputus atau disconnected, kang nanti dia boleh sambung balik.
Tapi, yang membezakan Orbit Downloader ni dengan download manager yang lain tu, ialah, mende ni free, dan dijamin takde iklan, takde adware, dan takde spyware.
Lepas tu korang boleh download benda-benda streaming tu, macam video dekat YouTube tu, macam video dekat MySpace tu. Bukan setakat video je, dia jugak boleh download lagu MP3 yang ada dekat website macam MySpace tu.
Yang paling aku suka pasal Orbit Download, mende ni tak makan memory, biasanya akan pakai dalam 3MB memory dan dalam 3% je CPU waktu dia tengah download file tu. Jadinya, mende ni takkan menyebabkan PC korang jadik slow macam siput. Lepas tu, kalau korang download installer mende ni, file dia pun kecik, dalam 2MB je.
Untuk siapa yang suka download benda-benda dari website upload file macam RapidShare ke, MegaUpload ke, 4shared.com ke, Orbit Downloader boleh tolong korang untuk download file dari website tu sume.
Secara peribadi, aku dah pakai Orbit Downloader ni dah lama dah jugak, dari benda ni version 1.0 lagi. Setakat ni takde masalah, laju je, dan sangat menyenangkan kerja download aku sebab dia kang bila dah install dia akan integrate dengan Firefox, ataupun IE. Jadinya, kalau macam biasa korang download pakai web browser tu, nanti akan kuar pilihan nak download file tu pakai browser tu sendiri ke atau pakai Orbit Downloader.
Jadi, kalau korang nak tau lebih lagi, pegi la tengok website dia dekat:-
Yang pasal nak download video dari YouTube tu, sume tu ada diceritakan dekat website derang tu lah. Kalau tak paham korang boleh tanya dekat bahagian komen, macam biasa.
[Topik berkaitan: Cari MP3 percuma pakai Google]
|