RSS Feed  

PDFCreator – buat PDF file korang sendiri

Khamis, 31 Julai 2008 Kategori: Artikel Pilihan, Perisian (Software)
 

Pernah tak korang terpikir macam mana orang buat PDF file tu? Yela, macam e-book yang belambak kat internet tu, kan kalau korang download file tu nanti nama dia ada .PDF kat belakang? Derang tu buat sume tu pakai PDF converter. Sebenarnya file derang tu asalnya file Microsoft Word biasa je, tapi lepas tu derang convert jadi PDF. Ye la, kalau tak convert, abis la korang sume pandai-pandai je edit e-book yang derang buat pepenat tu. Jadi, bila dah jadi PDF, korang boleh view saja, dan copy teks yang ada.

Jadinya, ada memacam jenis PDF converter ada dalam market ni, contohnya yang mahal gile macam Adobe Acrobat, lepas tu ada jugak yang free. Yang macam korang ada tu biasanya Adobe Acrobat Reader, korang guna mende ni untuk view PDF file. Korang tak leh nak buat PDF file pakai Adobe Acrobat Reader tu. Jadi, hari ni aku nak cerita pasal PDFCreator, software yang free dan open-source yang membolehkan korang convert file Microsoft Word korang (yang .doc tu), jadi .pdf .

Dengan PDFCreator ni, kacang je kalau korang nak convert file Word korang. Macam biasa la, kene la korang download dan install software tu. Bila dah siap install, korang jangan terkejut pulak, pasal kang takde pape jadi. Haha. Tapi, sebenarnya software tu akan install satu virtual printer untuk korang. Virtual printer ni la nanti korang guna untuk convert file Word korang jadi PDF.

Senang je nak convert. Bukak file Word korang, lepas tu korang buat macam nak print tu. Klik dekat ‘File’ -> ‘Print’. Bila kuar  popup Print tu, pilih Printer Name tu ‘PDFCreator’. Lepas tu klik ‘OK’.

print-menu.JPG

Lepas tu nanti akan kuar popup lagi satu, untuk korang isi Document Title, dan macam-macam. Aku biasa isi Document Title tu je, pasal mende ni akan jadi tajuk PDF file aku dan nama file PDF aku nanti. Lepas tu klik ‘Save’.

pdfcreator.JPG

Siap.

Skang korang dah boleh buat file PDF korang sendiri, dan korang boleh buat duit dengan buat e-book. Kalau tak paham, macam biasa, korang boleh tanya pakai ruangan komen yang kat bawah tu.

Download PDFCreator daripada website rasmi derang, lepas tu klik kat ‘PDFCreator’:-


Komen-komen untuk “PDFCreator – buat PDF file korang sendiri”

  1. Komen oleh ana »

    Mcmana nak edit PDF file yang dibuka melalui email ke,or download ke..

  2. Komen oleh Shazana »

    thanks..saya dah mencubanya! =)

  3. Komen oleh hairus »

    wei tengkiu wei..aku da ley wat!! huhu
    hanya tuhan saje yg membalas jasa kalian…

  4. Komen oleh Sofiyana »

    Best betul bleh convert ke pdf…..novel kita

    thanks bro..

Komen anda?

ARTIKEL PILIHAN
KATEGORI
LINK EXCHANGE
Top 10 Mp3 Download
AhSuez from the blog
SysAdmin's Diary
 
BlogMalaysia.com
Best Malaysian Sites
World Top Sites
Spicy Topsites
Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG
Counter reset pada
22/11/2008